Pages

Sunday, August 29, 2010

aLaF 21


Nur Dyba dan Shah Idham merupakan teman rapat di universiti. Takdir menemukan mereka dengan sepasang bayi kembar merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Menjaga si kembar secara bergilir-gilir telah memutikkan rasa cinta tanpa disedari. Masing-masing menyimpan perasaan, tetapi tidak berani untuk berterus terang. Belum sempat hubungan itu bertukar status, konflik mula melanda diri.


Hanya kerana satu rahsia yang terpaksa disingkap, Dyba kehilangan dua insan yang amat disayangi. Ketakutan menyebabkan dia membawa diri. Sementelah, dia juga memendam rasa akibat kecewa dengan sikap Shah yang tidak berani meluahkan kata cinta. Bertahun-tahun Shah nanar dengan perpisahan itu. Namun, kepulangan Dyba mengubah segala-galanya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, menyukarkan cinta mereka untuk bersatu. “Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan.”



‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.


Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.


Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.


Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.




Rasa kesal dan kecewa menghantui benak Siti Nurzihan. Antara kasih dan rindu silih berganti. Dia sayangkan sekolah itu tetapi tidak sekata dengan peneraju atasannya. Dirinya ibarat pemain catur yang hilang tumpuan. Percaturan harus diteruskan meskipun terpaksa mengorbankan satu atau dua bidak yang berada di barisan hadapan.



Mereka jadikannya seperti kambing hitam. Dia benarbenar dikhianati. Dia amat yakin bahawa mereka melakukan itu semua kerana mahunya keluar dari situ. Kalaupun mereka masih mahukan khidmatnya, mereka tidak patut memalukannya di hadapan khalayak secara terang-terangan dan terancang. Maruah dirinya di injak-injak!


Siti Nurzihan menelan segala kedukaan yang terpendam di lubuk jiwanya sekian lama. Dia mula bangkit untuk memulakan harinya walaupun bukan di tempat lama. Malah, isi hatinya diluahkan melalui pena. Bukankah itu adalah realiti? Realiti kasih yang biar orang tahu bahawa dia punya perasaan dan impian.

nota kaki : 3 novel kt ats 2 adelh novel keluran alaf 21 tok bulan ogos nie,antar ke3 2 novel 2 aq suke novel Cinta 3 Suku..besh n kelkr novel 2..aq da bace mmg btol2 cinta 3 suku,gile2 watak dlm novel 2..klu nk taw lbih lnjut tntg novel2 beli r..daa : ))

No comments:

Post a Comment