Pages

Thursday, September 2, 2010

SlEePiNg??

"Mestilah dibezakan antara tidur yang makruh, tidur yang memudharatkan dan tidur yang bermanafaat. Tidur yang makruh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari kerana waktu ini adalah waktu "ghanimah". Setiap dari kita ada pengalaman dan tahu kelebihan yang dimiliki waktu ini. Ia adalah pembuka dan permulaan siang. Permulaan turunnya rezeki dan barakah. Sepatutnya waktu ini dijaga dan kalau tidurpun, hendaklah kerana terpaksa bukannya selalu atau berterusan.


Tidur yang memudharatkan adalah tidur pada waktu asar. Semakin lama tidur diwaktu ini semakin kurang manafaatnya dan banyak mudaharatnya. Begitu juga tidur yang memudharatkan adalah tidur pada permulaan malam sebaik sahaja jatuhnya matahari sehingga isya’.


Tidur yang bermanafaat pula adalah tidur separuh pertama malam dan seperenam yang terakhir. Banyak tidur yang melebihi lapan jam memudharatkan jiwa dan juga fizikal sehingga menyebabkan kelalaian dan malas. Menghabiskan usia bukan di dalam mentaati Allah sedangkan risalah badan kita adalah khidmat untuk ketaqwaan di dalam hati kita. Kelalaian ini akhirnya membalikkan risalah hidup kita sehingga seluruh potensi ruh hanya menjadi khadim kepada badan dan tuntutan-tuntutan badan".

No comments:

Post a Comment