Hubungan leh di ketegorikan dlm pelbagai definisi nie la akibatnye bile terlalu byk menulis bende2 akademik Sebenarnye sudah lame aq ingin berkongsi topik nie di ruang comel nie, namun beban kerja yg semakin byk, sampai nak jenguk blog sendiri p0n da x sempat, maka ari nie aq curi juge sedikit mase tok update blog.
Tok aq, hubungan manusia nie leh di bahagikan kepada 2:
1.Hubungan antara manusia dengan Tuhan
2.Hubungan manusia dengan manusia
Melalui ape yg aq perhatikan, ade manusia ya punya hubungan baik dengan Tuhan namun hubungan sesama manusia, die abaikan.
Sebagai contoh, sekumpulan kakak-kakak kerja opis masuk ke surau untuk menunaikan solat zuhur, dalam surau si kakak A mula bersuara:
"Hmm.. ntah la.. susah la nak cakap dia tu, semua nak ikut kepala dia.. tak pe.. biarkan.. kita tgk je apa jadi lepas ni.. kalau jadi tak bagus.. kita padankan muka je.." Buat muka puas hati waktu sebut 'padankan muka' sambil tangan beliau sibuk buang make up untuk ambil wuduk.
Nampak tak..? Hubungan dia dengan Tuhan sangat baik, alhamdulillah (aku assume baik sebab dia tak lupa nak solat). Namun hubungan dengan manusia, hmm, agak tidak seronok di lihat. Banyak lagilah contoh-contoh yang boleh di gunakan, seperti:
•Tudung labuh ke lutut (ok, aku tipu, tudung dia x sampai lutut, tapi labuh la) tapi nak naik tren habis dia rempuh semua org & dalam tren terus duduk lepas tu buat-buat tak nampak je warga emas yang berdiri di depan. haish!
•Ustaz yang di dahi ada dua kesan hitam (tanda byk bersolat) tapi sombong tahap tak boleh blah. Orang senyum (lelaki) tapi dia boleh pandang dan buat muka ala-ala "kau tak layak nak senyum dgn I okeyh.." kemudian terus blah! Yang memberi senyum
terkebil-kebil seorang diri, tahan malu~~
•Seorang yang tasbih tak pernah lekang daripada tangan,solat jemaah menjadi rutin harian, tapi, mengutuk mengeji bangsa seagama di kedai kopi lepas solat subuh sudah menjadi hobi. Hobi yang aku sendiri tak faham di mana faedahnya. Hmm, mungkin gandingan kopi + kutuk keji = Kepuasan hakiki.. mungkin~~
Kategori ke dua ialah, manusia yang punya hubungan baik dengan manusia, namun hubungan dengan Tuhan di abaikan seperti:
Sekumpulan remaja membuat aktiviti amal untuk membantu warga tua ( ni contoh okeyh, tolong jangan pertikaikan kenapa warga tua, kenapa bukan anak yatim, kenapa bukan ibu tunggal..??) namun waktu solat mereka langgar begitu sahaja.
Contoh ke 2:
Seorang lelaki kaya, menderma rm 100 000 kepada warga Palastine, namun rasuah, arak, perempuan sudah menjadi perkara rutin.
Banyak kan contoh begini...
Tok aq, manusia yg terbaik ialah manusia dlm kelompok ke 3. Iaitu, manusia yg punya hubungan baik dgn Tuhan & punya hubungan baik juga dgn sesama manusia. Persoalannya skrg, kelompok manusia nie sangat-sangat sukar di temui. Sangat SUKAR!
Bagi golongan ke 4, aq rasa kamu sendiri dpt agak apekah kategori mereka & aq malas nak cerita panjang2 tntg golongan nie. Ape yg aq bleh highlight, golongan nie lah yg paling BANYAK di sekeliling kamu. Serious, x susah nak cari!
Walau bnyk mane p0n golongan yg aq bleh classified, 1 saje soalan yg perlu kamu tahu, agak-agak nya, kamu dlm golongan mane??
Muhasabah diri & jujur ketika menjawab, insyaallah kamu bleh taw di mane dirikamu berada antara 4 kelompok di atas.
Aq..?? Aq rasa aq taw aq dlm kategori mane... & aq akan berusaha tok berubah.. insyaallah..
No comments:
Post a Comment