Pages

Thursday, September 2, 2010

AsAl USul SolaT 5 WakTu

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,
iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan
baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,
iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari,
lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.
Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai
sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat
kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,
sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat
kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya
Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu
pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat
sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment