Pages

Saturday, September 18, 2010

TiPs BeRpAkaIan YanG sESuai

Aq nak share-kan serba-sedikit ttg panduan atau tips khasnya bg kaum hawa dlm pemilihan berpakaian.Nie hanye tips biase je & info nie aq perolehi dri 1 lamanweb tempatan. Ape2pun, harap info nie berguna buat those gurls or womans out there! Cay00~!

Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kpd care anda melihat diri sendiri. Selain 2, anda juge harus bijak memilih pakaian yg sesuai dgn potongan badan. Setiap helai pakaian yg disarung ke tubuh badan memberikan impak yg berlainan. Oleh 2, pemilihan pakaian yg tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pd pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yg perlu diperhatikan agar pakaian yg dikenakan terlihat serasi dgn bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna tok penampilan anda.

Pemilihan warna pakaian

Perkara asas yg perlu anda tahu dlm pemilihan pakaian ialah memilih warna yg sesuai dgn kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda x salah memilih warna.

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jgn sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.

2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yg terbaek.

3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.

4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat tok pakaian anda.

Jangan Lupa :

Menyesuaikan warna pakaian dgn waktu dan tempat. Warna gelap tok acara formal sedangkan warna cerah tok acara informal. Sesuaikan warna dgn karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri drpd warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali :

Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga x boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dgn warna baju yang dikenakan.

Pemilihan seluar panjang

Bagi yg mempunyai tubuh badan berisi cube lah mengenakan seluar panjang yg boleh memberi ilusi tubuh yg lebih tinggi dgn mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknye, hindari seluar yg berpotongan ketat. Tok menyembunyikan pinggul yg berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yg tirus di bahagian hujung.

Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yg pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jgn tergoda dgn seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yg bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yg pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yg mempunyai potongan pinggang yg tinggi.

Bagi anda yg memiliki punggung berisi, jgn ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain 2, anda juge boleh menyembunyikan bentuk punggung dgn memakai seluar yg berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yg tergolong dlm kumpulan individu yg x berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dgn poket di bahagian sisi. Jgn sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.


Tip berpakaian tok tubuh berisi

Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yg sesuai. Namun nie x bererti masalah 2 x boleh diatasi. Ade beberapa trik yg boleh dimanfaatkan tok membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-

* Kenakan baju atau blaus yg kemasannya menarik mata tok turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yg baik.
* Masukkan baju atau blaus ke dlm seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
* Pilih pakaian yg btol2 sesuai dgn tubuh badan. Pakaian yg terlalu longgar seperti jaket yg besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
* Kenakan pakaian dgn motif atau corak yg bergaris vertikal.
* Jgn takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yg labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
* Jgn lupe mengenakan kasut bertumit tinggi.

7 Tip berpakaian yg mesti anda tawu:
1. Pakaian yg menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pd tubuh badan.

2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna tok meminimalkan dada yg besar.

3. X ade kate ‘maaf’ tok garis seluar dlm yg kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dlm anda x kelihatan. Salah satu carenya, gunekan seluar dlm berpotongan ‘G-string’.

4. Satu lagi adelah tali coli. Ia x seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpe tali, yg dapat digunekan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpe lengan atau bertali halus.

5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yg sudah terlalu lama mempunyai warna yg pudar dan nie akan merosak penampilan.

6. Kasut dgn tumit yg sangat rendah sukar tok dipadankan dgn gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik tok kesihatan kaki.

7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang.Nie kerana bentuk leher seperti nie sesuai tok baju yg berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yg akan memberi kesan lebih cantik.

No comments:

Post a Comment