Pages

Saturday, September 18, 2010

TiPs KeTiKa mEMilIh KasUt


Faktor2 penting ketika membeli kasut:

1. MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
2. BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
3. REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
4. BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
5. MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
6. FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
7. FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
8. PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.
9. LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
10. KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda berasa selesa.




Jenis2 tapak kaki:

Kaki Rata Tanpa Lekuk (Low Arch / Flat foot)
Tidak boleh berdiri atau jalan lama kerana lutut akan cepat merasa sakit.

Kaki Lekuk Sederhana (Normal Arch)
Struktur kaki keras serta kurang bermasalah.

Kaki Lekuk Dalam (High Arch)
Kurang masalah, mempunyai kaki lebih keras, jika berjalan, tidak begitu banyak pergerakan sendi yang berlaku.


Panduan Memilih Kasut
1. Pilih kasut yang bertumit rendah -tumit tinggi slalu g pkai Ofiz jew sbb x byk jLn kalau g shopping pkai heeL mmg cari penyakit La
2. Pastikan saiz kasut anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia. Jika menggunakan saiz 8, jgn sesekali menggunakan saiz lebih kecil @ besar kerana ia memberi kesan kepada kaki untuk tempoh jangka panjang.
3. Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar
4. Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya.
5. Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
6. Beli kasut pada waktu petang atau malam - otot kaki mengembang pd waktu itu. Jika anda membeli-belah, pastikan sesi membeli kasut mengisi agenda terakhir.
7. Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.
8. Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
9. Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.
10. Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
11. Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
12. Usah taksub pada rekaan hingga mengabai faktor kesesuaian bentuk kaki.
13. Memakai kasut ketat boleh mengakibatkan tapak kaki sakit dan kesan lain. Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus golongan dewasa di Malaysia menderita sakit kaki akibat sindrom diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.
14. Sekiranya anda mempunyai kaki bengkok ke dalam, pastikan kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain.
15. Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabai faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yg dihajati
Sekarang pkai cross jew simpLe n selesa. . .

Di antara kesan yang dirasai akibat pemakaian kasut yang kurang bersesuaian:

1. KERENGSAAN pada otot-otot bahagian betis kaki.
2. KERENGSAAN PADA PELANTAR FASCITIS yang dirasai pada sebelah pagi selepas bangun dari tidur atau setelah berehat dalam tempoh yang panjang.
3. BENGKAK PADA SENDI antara ibu jari dan bahagaian kelengkeng jari akibat pemakaian kasut yang terlalu ketat.
4. KEMATU yang terjadi di bahagian tapak kaki akibat sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki disebabkan tekanan geselan yang berlebihan pada kasut.

nota kaki : Diharap dgn tip yg bergune nie u aLL pas jgn la rembat je erk piLih betOl2 duLu, 2 smue tok keselesaan u aLL jugak.
Selamat Bershopping.

No comments:

Post a Comment